BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 14, 2012

Tempahan 2011

Agak lama aku tak up-date blog ni dek kerana kekangan masa yg agak padat skang ni.... Tak banyak sangat tempahan yg dpt kuterima dek kerana banyak urusan pd thn 2011 spt persiapan perkahwinan ku & adikku....( 2 bradik jalan skali......so memang bz gilos la skit....)
Mai-mai kita pakat jamu mata lg utk tempahan seterusnya di tahun 2011.



Ni baju akad nikah aku yer....( dah lama ku idam nak buat sendiri baju akad nikah ni..akhirnya berjaya jugak.....)

Di bahagian Leher aku guna teknik Crumble & Dada aku guna teknik Tabur campuran pearls & kristal.... Dibahagian dada ni diberi sentuhan material Chiffon & badan baju adalah lace.


Utk bahagian lengan pun aku guna pelbagai teknik & pelbagai material manik.


Utk keseluruhan baju....aku jahit pelbagai teknik dgn pelbagai jenis material manik..antaranya manik halus, labuci, pearls, batu kristal.



Taraaaa....ni lah baju 1 set yg aku siapkan.....baju kurung moden yg dipakai dgn long dress. Baju ni aku yg design sendiri + beli kain sendiri ( 1 set dgn kain utk baju melayu suamiku). Aku beri sentuhan warna yg kontra coz aku lebih suka kelainan (nampak kreatif & bila amik gambar nampak kontra) Aku tak brapa gemar macam org lain poakai 1 set 1 warna dr atas sampai bawah....tak nampak kontra bila amik gambar. Tukang jahitnya dah tentulah yg pakarkan.....adik iparku lah yg sememangnya tukang jahit yg mahir. Utk bahagian kaki longdress aku letak lace & dijahit manik. Utk bahagian lengannya aku guna chiffon pun diperincikan dgn manik2 tabur pearls. Utk bahagian skirtnya aku just jahit beriring jer. Plannya nak jahit tabur pearls pd skirt tu tp tak sempat dah sebab dlm masa yg sama bz ngan buat doorgift lg....huhuhuhuhu....
Utk Tudung tu pun aku beli yg kosong & tampal lace & dijahit manik & pearl & kristal (tak ada kat mana2 butik lg kot rasanya utk tudung ni..klu ada yg simple2 ajer...tak kene ngan citarasalah kot kan...) Rasa puas sangat baju ni dihasilkan sendiri & dipakai pd hari bersejarahku.


Ni baju aku...

Baju ni aku jahit manik di bahagian leher baju , kaki baju & lengan ( lupa nak snap gambo lak...). Baju ni dr material Organza...agak rumit gaklah nak jahitnya tp bila dah jahit nampak kekemasannya. Puas hati sangat. Baju ni aku pakai masa adik bongsuku bertunang.



Ni baju aku lg...setelah hampir 3 thn terperap gara2 nak jahit manik tp tak sempat2 nak siapkan dek kerana kekangan masa.
Baju ni namanya Baju Kurung Kedah. Kain ala-ala Thai Silk. Mudah utk aku buat beads kat baju ni disebabkan materialnya yg cantik. Aku buat bunga yg menjalar di tepi baju memandangkan baju ni kosong & sesuai dgn kainnya dr material sutera china...



Di tempah oleh Nenci staff in MMU


Baju Akad Nikah
Hanya diberi sentuhan di bahagian kaki baju & pergelangan tangan sahaja. Sangat simple memandangkan beliau menghantar bajunya dah dekat2 due date tuk akad nikah yg hanya beberapa hari jer...dek kerana tukang jahitnya yg asal tak dapat siapkan baju ni lebih awal. Apapun aku telah cuba buat yg terbaik utk mereka ni & beliau berpuas hati.....TQ Nenci & Suami......

Baju Melayu suami beliau Di beri sentuhan manik yg simple di bahagian bahu, poket & pergelangan tangan



Di tempah oleh Kak Ain - Lecture in MMU
Jenis Jahitan : Ala-ala Shimering



Di tempah oleh Amy - Staff in Klinik MMU


Jenis Jahitan : Mix
Amy ni telah beberapa kali menghantar baju-bajunya utk di beri sentuhan beads. Tq Amy yg beri kepercayaan kpd saya utk menjahit beads pd beberapa helai bajunya. Lain kali boleh tempah lagi yer...:-)


Di tempah oleh Murni - MMU

Jenis Jahitan : Mix
Murni ni pun telah beberapa kali menghantar baju2nya utk diberi sentuhan beads termasuk pernah memberi kepercayaan kpd saya utk menyiapkan beads pd baju nikahnya. TQ pasni leh tempah lagi yer Pn Murni.



Di tempah oleh Kak Khairul Ronita - MMU







Di tempah oleh Cikgu Pauziah - Klang

Cikgu pauziah ni adalah sahabatku semasa tution di Perak ketika aku bersekolah menengah di Tapah dahulu. Bertemu semula di FB sejak sekian lama tak tau khabar berita..(maklumlah aku ni berpindah randah ikut family). Beliau beri kepercayaan kpdku utk menyiapkan beberapa helai bajunya. TQ Piah, nanti boleh tempah lg yer....:-)



Di tempah oleh Lecture in MMU - Pn Nilofa .Jenis Jahitan : Manik Tabur
Bahagian Lengan sahaja......

Pn Nilofa ni pun telah beberapa kali hantar baju2nya utk di beri sentuhan beads dgn design yg simple2 aje....



Ni baju aku sendiri yer.....


Di hias dibahagian tengah baju - baju ala2 kebaya gitu yg dipakai dgn long dress



Baju Kurung Kedah - Di jahit manik Beriring di bahagian Lengan